Pop Cup

Hirup minuman dengan lebih baik

  • Vaya’s teknologi vacutherm mengekalkan minuman anda panas atau sejuk selama 5 Jam.
  • Badan Double-walled, Keluli Tahan Karat berkualiti tinggi.
  • Tekstur bercorak untuk pegangan mudah.
  • Bukaan untuk menghirup.
  • Bahagian cengkaman untuk pembukaan penutup yang mudah.
Pop Cup with lid

Cawan Panas dan Sejuk dengan Penutup

Vaya Cawanpop ialah cawan dengan dinding dua lapisan, keluli tak karat dengan penutup. Teknologi VacuTherm® Vaya mengekalkan minuman pilihan anda Panas untuk 5 Jam atau Sejuk untuk 5 Jam.

Pop Cup - Sip with Swag

Hirup dengan Penuh Bergaya

Anda suka latte anda? Jangan tinggalkannya. Bawa latte anda dalam Vaya Cawanpop dan nikmati ke mana sahaja anda pergi. Ingin beristirahat di ruang tamu dengan air sejuk kegemaran? Cawanpop ialah pilihan terbaik!

Pop Cup - Serve in style

Hidang dengan Penuh Bergaya

Buatkan tetamu anda rasa teruja apabila semasa menghidang minuman istimewa buatan rumah dalam Vaya Cawanpop, cawan unik dengan dinding dua lapisan keluli tak karat dalam pelbagai warna menarik perhatian. Pilih daripada 2 atau 4 pek dan jadikan parti anda disukai oleh kawan dan keluarga !

PopCup - Serveware Pop

Hiasan Perkakasan Dapur Lebih Menonjol

Tambahkan lagi warna-warni kepada perkakasan dapur. Gunakan Vaya Cawanpop, cawan dengan keluli tak karat dengan penutup yang membuat minuman anda rasa lebih sedap dan juga tampak bergaya!

Popcup - A Colour for Every Mood

Satu Warna Untuk Setiap Peristiwa

Vaya Cawanpop datang dengan dua belas warna untuk pilihan anda. Pilih Hitam Gelap Pusam atau Kelabu Berkilat Dingin jika anda seorang minimalis. Jika anda lebih sukakan warnaan, pilih daripada biru metalik, ungu, emas atau perak!

PopCup - Personalize your POPCUP

Peribadikan Cawanpop anda

Hadiahkan Cawanpop kepada orang yang tersayang dengan nama mereka diukir padanya! Atau jadikan Cawanpop kepunyaan anda dengan mengukir nama anda pada penutup! Hanya berikan kami nama dan kami akan menjadikan Cawanpop yang diperibadikan hanya untuk anda!

PopCup - Serve like a Connoisseur

Hidang seperti seorang Connoisseur

Hasil buatan tangan dengan kulit hitam gelap, Vaya dulang mewah diperbuat dengan penuh teliti oleh tukang mahir bertauliah. Dalaman dulang mewah dengan warna coklat gelap disalut dengan bahan kalis air. dulang mewah boleh dipadankan dengan Vaya Cawanpop, tetapi boleh juga digunakan dengan perkakasan dapur yang lain dulang mewah

Dapatkan Vaya Cawanpop anda sekarang!

Pilih set Cawanpop pilihan anda

Pilih sehingga 4 warna untuk melengkapkan set anda

(Anda boleh memilih warna yang sama atau campur dan padankan warna untuk set anda)

preserve

Beli Sekarang

Cawanpop - Cawan tumbler serba guna untuk kopi, jus dan minuman pilihan anda!

Memang seronok jika anda memiliki Tumblers, yang mengekalkan air minuman anda panas atau sejuk hingga 5 jam? Oleh itu, Vaya Cawanpop memiliki kemampuan terbaik itu! Tunjukkan lebih

Cawanpop sememangnya tidak gentar untuk menjadi lain daripada cawan penghidang tumbler keluli yang biasa, pilihan cawan tumbler daripada Vaya, dengan rekaan, luaran dan fungsi yang luar biasa. Dengan bahagian bawah berbentuk bulat rata, bentuk badan yang nipis dan penutup yang mempunyai bukaan yang selesa digunakan untuk menghirup Cawanpop ialah cawan tumbler yang bergaya dan berguna! Cawan tumbler ini bukan sahaja untuk kopi panas atau air minuman, tetapi boleh juga digunakan untuk teh ais, air buah-buahan atau juga smoothie.

Perkataan tumbler wujud sejak zaman pertengahan abad ke-17. Menariknya, tumbler telah berevolusi sejak itu dengan perubahan pada saiz, bentuk, cara pembuatan dan fungsi! Dan, kini adalah waktunya Vaya Cawanpop yang merupakan versi yang dinaik taraf cawan tumbler anda. Cawan tumbler ditebat ini berfungsi seperti cawan tumbler anda tetapi dengan cara yang lebih bijak!

Tumbler Ditebat untuk Kopi Panas dan Jus Sejuk Anda

Dengan penebatan VacuTherm, Cawanpop adalah sesuai untuk mengekalkan minuman panas atau sejuk anda sehingga 5 jam. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang air teh yang panas mendidih sebelum menghabiskannya atau air jus sejuk tidak lagi sejuk setelah habis membuat panggilan telefon dan anda boleh menikmatinya kembali!

Bawa Tumbler Ditebat Anda Ke Mana Sahaja Anda Pergi

Tidak kira jika anda berulang-alik ke kerja, bermesyuarat yang belum habis lagi, atau perjalanan jauh di jalan raya, cawan tumbler keluli tak karat elegan ini amat sesuai dengan rutin anda. Hanya buatkan minuman kegemaran anda dan gunakan Cawanpop untuk mengekalkannya panas atau sejuk, apa-apa sahaja yang anda inginkan.

Adakah anda suka menghirup minuman ada semasa di meja kerja? Dengan banyak jenama seperti Tupperware dan Milton yang membawa cawan tumbler yang mudah alih dan senang dicuci, meminum secawan teh di meja kerja anda menjadi lebih mudah! Vaya Cawanpop adalah sesuai untuk teh panas, kopi sejuk dan juga jus air buah-buahan. Cawanpop boleh menjadi teman baik anda semasa bekerja. Beli satu set dengan 4 unit, dan berikan kepada kawan-kawan dan keluarga tersayang untuk menghilangkan dahaga! Anda juga boleh mendapatkan cawan diperibadikan dengan nama diukir pada penutup jadi setiap orang dalam kumpulan anda tahu apa cawan mereka!

Kopi dan teh haruslah diminum apabila ianya masih segar lagi selepas dibancuh, tetapi jika tiada kesempatan, apa yang anda boleh buat adalah membawanya dalam cawan tumbler seperti Cawanpop. Gunakan cawan tumbler sebagai kole kopi kerana sememangnya anda perlukan kopi semasa dalam perjalanan!

Berjemuran di bawah suria matahari atau nikmati angin sepoi-sepoi dengan minuman yang membuatkan anda rasa ringan dan selesa! Coklat panas, latte atau teh limau anda, bawakannya dengan Cawanpop apabila anda keluar daripada rumah anda, supaya anda boleh menikmati hirupan panas sepanjang perjalanan.

Seperti bagaimana minuman telah berubah sepanjang zaman ini, begitulah juga cawan tumbler tradisional dari India! Setiap pemilik rumah di India menggunakan cawan tumbler keluli untuk menghidangkan teh atau kopi dan juga sharbat dan Rooh Afza. Secara perlahan-lahan, mereka mula beralih kepada versi gelas dan seramik. Kinilah masa untuk menaik taraf cawan penghidang tumbler yang hebat dan berwarna-warni Cawanpop daripada Vaya.

Mengadakan parti atau keramaian bersama-sama? Hidangkan air skuasy, jus atau mocktails dengan cawan tumbler yang sempurna ini yang menambah lagi warna-warna dan keterujaan kepada mana-mana parti. Dengan dinding dua lapisan ditebat, cawan tumbler keluli tak karat dengan penutup ini adalah terbaik untuk menghidangkan parfait dan aiskrim anda.

Ia selalunya satu cabaran untuk menyusun jenis gelas untuk digunakan dalam hidangan semasa menyediakan meja makan. Mengapa tak memilih cawan penghidang tumbler yang juga boleh digunakan sebagai gelas air, gelas cocktail atau thermos kopi juga? Cawanpop sangat pintar dan sofistikated (ia datang dengan 12 warna yang menarik pastinya anda akan suka) berbanding cawan dan tumbler hidangan anda dan juga datang dengan tebatan tambahan. Anda boleh menghidangkan espreso atau minuman eksotik untuk menyambut acara istimewa dan warnakan lagi pengalaman dengan Cawanpop daripada Vaya.

Kenapa perlu berasa puas hati dengan hidupan seharian hanya dengan benda-benda yang tidak begitu baik dan tanpa kualiti?

Apa-apa pun minuman yang anda buat, anda perlu membuatkannya nampak menarik dengan menggunakan gelas Tumblers. Bukan sahaja pada acara-acara istimewa, minuman seharian anda juga harus nampak menawan dan anda boleh dengan Vaya Cawanpop. Dapatkan Tumblers ditebat ini dalam Rona yang elegan di vaya.in hari ini Tunjukkan kurang  Tunjukkan kurang